Uploaded with ImageShack.us

Saturday 20 October 2012

32 kalimah yang berharga

1-Kalimah paling agong adalah ALLAH أصعب كلمة هي : الكمال 2-Kalimah yang paling payah adalah Kesempurnaan. أعمق كلمة هي : النفس 3-Kalimah yang paling mendalam adalah Jiwa atau Diri. أطول كلمة هي : الأبدية 4-Kalimah yang paling panjang adalah Abadi. أقوى كلمة هي : الحق 5-Kalimah yang paling berkemampuan adalah Kebenaran. أوسع كلمة هي : الصدق 6-Kalimah yang paling luas adalah Kebenaran. أرق كلمة هي : الحب 7-Kalimah yang paling Indah adalah Cinta. أعز كلمة هي : الأمل 8-Kalimah yang paling mulia adalah Cita-Cita. أسرع كلمة هي : الوقت 9-Kalimah yang paling cepat adalah Waktu. اقرب كلمة هي : الواقع 10-Kalimah yang paling dekat adalah Kenyataan. أفضل كلمة هي : المساواة 11-Kalimah terbaik adalah Persamaan. أعف كلمة هي : العاطفة 12-Kalimah yang paling dimaafi adalah Kasih Sayang. أحسن كلمة هي : الوفاء 13-Kalimah yang terbaik adalah Kemaafan. أقسى كلمة هي : القسوة 14-Kalimah yang paling sukar adalah Kekerasan. أدوم كلمة هي : الذكرى 15-Kalimah yang paling kekal adalah Zikir. أغلى كلمة هي : الأم 16-Kalimah yang paling mahal adalah Ibu. أبهج كلمة هي : النجاح 17-Kalimah yang paling membahagiakan adalah Kejayaan. اقرب كلمة هي : الآن 18-Kaling yang paling dekat adalah Sekarang. أقبح كلمة هي : الخطأ 19-Kalimah yang paling dibenci adalah Salah. أجمل كلمة هي : التوبة 20-Kalimah yang paling cantik adalah Taubat. أحلى كلمة هي : السلام 21-Kalimah yang paling manis adalah Salam. آخر كلمة هي : الموت 22-Kalimah yang terakhir adalah Mati. أفضل الانتقام هو : الغفران 23-Sebaik-baik dendam dan balasan adalah Kemaafan. أحر نار هي : نار الشوق 24-Api yang paling panas adalah Perasaan Kerinduan. أعظم كنز هو : الفضيلة 25- Khazanah yang paling berharga adalah Fadhilat. أقوى العذاب هو : الضمير 26-Azab yang paling dahsyat adalah Jiwa. أنقى الحب هو : حب الله 27-Cinta yang paling Murni adalah Cinta Kepada Allah SWT. ابلغ اللغات هي : الدموع 28-Bahasa yang paling difahami adalah Tangisan. أجمل ما في الطفل : البراءة 29-Sesuatu yang paling indah semasa kanak-kanak adalah apabila tidak melakukan dosa. أجمل ما في الليل : الهدوء 30- Malam yang paling Indah adalah Malam yang dipenuhi dengan ketenangan. أقوى اللغات هي : لغة الصمت 31-Bahasa yang paling bertenaga adalah apabila anda dapat mendiamkan diri. أدوم حب هو : حب الأم 32-Cinta yang kekal abadi adalah Cinta Seorang Ibu.

doa penenang hati

Memperbanyakkan membaca doa menjauhi kesedihan dan tekanan perasaan, iaitu: Laailaha illallahul 'aziimul haliim laailaha illallahu rabbul 'arsyil 'aziim laailaha illalahu rabbus samaawaati wa rabbul ardhi wa rabbul 'arsyil kariim. "Tiada tuhan selain ALLAH yang Maha Mulia lagi Maha Lemah Lembut. Tiada selain ALLAH. TUHAN 'arasy yang Agong. Tiada tuhan selain ALLAH. TUHAN langit dan bumi dan TUHAN 'arasy yang Pemurah." – Hadis riwayat Muslim. Menurut Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Jika salah seorang daripada kamu kesedihan ucapkanlah: Yaa hayyuu yaa qayyum birahmatika astaghits "Wahai TUHAN yang Hidup yang Kekal. Dengan Rahmat-MU aku memohon pertolongan-MU." – Hadis riwayat al-Tirmizi. Menurut Asmak Binti Umais, Rasulullah s.a.w berkata kepadanya: Mahukah kamu aku ajarkan kalimah-kalimah yang boleh kamu ucapkan ketika dilanda kegelisahan? Bacalah: ALLAHu rabbi laa usyriku bihi syaian "Ya ALLAH TUHANku tidak akan aku sekutukan-NYA dengan sesuatu pun." – Hadis riwayat Abu Daud.

Wednesday 22 February 2012

janggut Nabi Muhammad

DHAKA, Bangladesh – Sejumlah penganut Islam berbaris panjang untuk melihat sehelai janggut Nabi Muhammad SAW di Masjid Nasional di sini semalam. Janggut itu diletakkan di dalam sebuah bekas berkaca semasa ia dipamerkan kepada orang ramai. Pusat Kebuadayaan Turki meminjamkan bekas yang mengandungi janggut Nabi Muhammad itu untuk dipamerkan kepada orang ramai. Nabi Muhammad wafat pada tahun 632 Masihi semasa berumur 63 tahun. – Agensi

Wednesday 4 January 2012

Belajar Adab Adab Sunnah Rasulullah saw

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan memberikan baginya jalan keluar (dalam semua masalah yang dihadapinya), dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.” (Qs. ath-Thalaaq: 2-3) Dalam ayat berikutnya Allah berfirman: “Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan menjadikan baginya kemudahan dalam (semua) urusannya.” (Qs. ath-Thalaaq: 4) Maksudnya adalah : Allah akan meringankan dan memudahkan (semua) urusannya, serta menjadikan baginya jalan keluar dan solusi yang segera (menyelesaikan masalah yang dihadapinya) (Tafsir Ibnu Katsir : 489) *Bertaqwa adalah menjalankan perintah Allah dan menjauhi larangan Allah. _______________________ • MARI JADI ORANG BAIK • • JAGA IMAN - JAGA SHALAT - JAGA AKHLAQ - TUTUPLAH AURAT •
Mr. Smith dan Kambing
Cerita ini bermula pada zaman penjajahan Inggeris. Di sebuah desa yang aman damai tinggal seorang mat saleh yang bernama Mr Smith. Orangnya berpelajaran tinggi dari Oxford dan sangat menghormati tetamu. Desa yang aman damai tiba-tiba gempar, jeng,jeng,jeng!!! Seekor binatang bertanduk yang tidak diketahui namanya telah masuk ke desa mereka. Dipendekkan cerita, orang-orang di desa tersebut pun pergi berjumpa dengan Mr Smith untuk bertanyakan nama binatang tersebut, manalah tahu Mr Smith tahu nama binatang tersebut, ceritanya begini: Penghulu Desa: Mr Smith! oh Mr Smith! Orang Gaji: Mr Smith ada di dalam, dia kurang sihat hari ini, dia selesema cikgu eh salah tok ketua. Ramai-ramai ni apa hajat datang kemari?
Penghulu Desa: Kami semua datang ni mahu berjumpa dengan Mr Smith, kami mahu tahu nama binatang bertanduk ni.
Orang Gaji:tunggu sekejap, saya panggilkan Mr Smith.
Mr Smith pun keluar dari biliknya dan menghala ke pintu, ternampak saja Mr Smith yang sedang mengosok-gosok hidungnya yang merah akibat selesema, penghulu desa pun terus menerjah soalan kepadanya.
Penghulu Desa: Mr Smith! Kami ingin tahu apa nama binatang bertanduk ni?
Mr Smith: Oh Penghulu desa, kamingg..kamingg( mahu cakap "coming-coming" tapi hidung tersumbat).
Penghulu Desa: Oh rupanya nama binatang ni kamingg...
Mereka semua pun sepakat menamakan binatang tersebut "kaming", seiring dengan perubahan zaman nama kaming pun turut berubah kepada kambing. Sekian.
Cerita ini tiada kena mengena dengan Mr and Mrs Smith, samaada yang masih hidup, yang sudah tidak mahu hidup dan baru berjinak-jinak mahu hidup. Sekian.

info

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...