Uploaded with ImageShack.us

Wednesday, 4 January 2012

Mr. Smith dan Kambing
Cerita ini bermula pada zaman penjajahan Inggeris. Di sebuah desa yang aman damai tinggal seorang mat saleh yang bernama Mr Smith. Orangnya berpelajaran tinggi dari Oxford dan sangat menghormati tetamu. Desa yang aman damai tiba-tiba gempar, jeng,jeng,jeng!!! Seekor binatang bertanduk yang tidak diketahui namanya telah masuk ke desa mereka. Dipendekkan cerita, orang-orang di desa tersebut pun pergi berjumpa dengan Mr Smith untuk bertanyakan nama binatang tersebut, manalah tahu Mr Smith tahu nama binatang tersebut, ceritanya begini: Penghulu Desa: Mr Smith! oh Mr Smith! Orang Gaji: Mr Smith ada di dalam, dia kurang sihat hari ini, dia selesema cikgu eh salah tok ketua. Ramai-ramai ni apa hajat datang kemari?
Penghulu Desa: Kami semua datang ni mahu berjumpa dengan Mr Smith, kami mahu tahu nama binatang bertanduk ni.
Orang Gaji:tunggu sekejap, saya panggilkan Mr Smith.
Mr Smith pun keluar dari biliknya dan menghala ke pintu, ternampak saja Mr Smith yang sedang mengosok-gosok hidungnya yang merah akibat selesema, penghulu desa pun terus menerjah soalan kepadanya.
Penghulu Desa: Mr Smith! Kami ingin tahu apa nama binatang bertanduk ni?
Mr Smith: Oh Penghulu desa, kamingg..kamingg( mahu cakap "coming-coming" tapi hidung tersumbat).
Penghulu Desa: Oh rupanya nama binatang ni kamingg...
Mereka semua pun sepakat menamakan binatang tersebut "kaming", seiring dengan perubahan zaman nama kaming pun turut berubah kepada kambing. Sekian.
Cerita ini tiada kena mengena dengan Mr and Mrs Smith, samaada yang masih hidup, yang sudah tidak mahu hidup dan baru berjinak-jinak mahu hidup. Sekian.

No comments:

Post a Comment

info

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...