Uploaded with ImageShack.us

Wednesday, 4 January 2012

Belajar Adab Adab Sunnah Rasulullah saw

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan memberikan baginya jalan keluar (dalam semua masalah yang dihadapinya), dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.” (Qs. ath-Thalaaq: 2-3) Dalam ayat berikutnya Allah berfirman: “Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan menjadikan baginya kemudahan dalam (semua) urusannya.” (Qs. ath-Thalaaq: 4) Maksudnya adalah : Allah akan meringankan dan memudahkan (semua) urusannya, serta menjadikan baginya jalan keluar dan solusi yang segera (menyelesaikan masalah yang dihadapinya) (Tafsir Ibnu Katsir : 489) *Bertaqwa adalah menjalankan perintah Allah dan menjauhi larangan Allah. _______________________ • MARI JADI ORANG BAIK • • JAGA IMAN - JAGA SHALAT - JAGA AKHLAQ - TUTUPLAH AURAT •
Mr. Smith dan Kambing
Cerita ini bermula pada zaman penjajahan Inggeris. Di sebuah desa yang aman damai tinggal seorang mat saleh yang bernama Mr Smith. Orangnya berpelajaran tinggi dari Oxford dan sangat menghormati tetamu. Desa yang aman damai tiba-tiba gempar, jeng,jeng,jeng!!! Seekor binatang bertanduk yang tidak diketahui namanya telah masuk ke desa mereka. Dipendekkan cerita, orang-orang di desa tersebut pun pergi berjumpa dengan Mr Smith untuk bertanyakan nama binatang tersebut, manalah tahu Mr Smith tahu nama binatang tersebut, ceritanya begini: Penghulu Desa: Mr Smith! oh Mr Smith! Orang Gaji: Mr Smith ada di dalam, dia kurang sihat hari ini, dia selesema cikgu eh salah tok ketua. Ramai-ramai ni apa hajat datang kemari?
Penghulu Desa: Kami semua datang ni mahu berjumpa dengan Mr Smith, kami mahu tahu nama binatang bertanduk ni.
Orang Gaji:tunggu sekejap, saya panggilkan Mr Smith.
Mr Smith pun keluar dari biliknya dan menghala ke pintu, ternampak saja Mr Smith yang sedang mengosok-gosok hidungnya yang merah akibat selesema, penghulu desa pun terus menerjah soalan kepadanya.
Penghulu Desa: Mr Smith! Kami ingin tahu apa nama binatang bertanduk ni?
Mr Smith: Oh Penghulu desa, kamingg..kamingg( mahu cakap "coming-coming" tapi hidung tersumbat).
Penghulu Desa: Oh rupanya nama binatang ni kamingg...
Mereka semua pun sepakat menamakan binatang tersebut "kaming", seiring dengan perubahan zaman nama kaming pun turut berubah kepada kambing. Sekian.
Cerita ini tiada kena mengena dengan Mr and Mrs Smith, samaada yang masih hidup, yang sudah tidak mahu hidup dan baru berjinak-jinak mahu hidup. Sekian.

Tuesday, 20 December 2011

mentol lampu

Pada suatu pagi, seorang pakar jiwa terlihat salah seorang pesakitnya sibuk mengerjakan sesuatu. Bila dihampiri ternyata pesakit yang sedang khusyuk duduk dilantai,sedang menggergaji sekeping papan dengan tangan kosongnya. Seorang lagi sedang bergayut dari atas siling. Doktor merapati pesakitnya dan bertanya apa yg dibuatnya duduk dilantai. “Apa doktor tak nampak ke? Kan saya sedang gergaji papan ni untuk dibelah dua?” jawab pesakit dengan nada marah. “Apa pulak sidia ni buat bergayut kat siling ?” tanya doktor sambil menuding jari ke pesakit yg lagi satu. “Oh.. Dia kawan baik saya, tapi dia tu tak betul sikit.. Dia ingat dia tu mentol lampu!” jawab pesakit tadi. “Kalau kawan baik awak, kenapa tak nasihatkan dia suruh turun. Supaya tak cedera kalau jatuh nanti ?” soal doktor lagi. “Abis tu, macam mana saya nak habiskan kerja saya dalam gelap?”

orang kaya dengan pemandu

Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya. Orang kaya I : ” Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie.” Terus dia panggil pemandunya si King Kong ” King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez.” King Kong pun menjawab dengan sopan, ” Yes Sir !! Right A way !!” Dengan pantas terus ke kedai kereta. Orang kaya I itu beritahu ke temannya, ” Nampak? Apa aku cakap….dia buat betul-betul” Orang kaya II : ” Haha….itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau.” Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. ” Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?” Rambo: ” Yes Sir !! Right A Way !!” dan dia terus cabut ke rumah tuannya. Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, ” Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa. Tdak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan, King Kong : ” Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!” Rambo : ” Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah…..Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la ke rumahnya!!”

insaf

Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu. Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".

info

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...